Selasa, Julai 13, 2010

Tema Minggu Ke-23 : Pokok

Minggu : 23
Tema : Alam Hidupan
Sub Tema : P0kok
Kelas : Budi
Tarikh : 12 - 16 Julai 2010

Tunjang Komunikasi :
(BM 2.0) Kemahiran Bertutur
(BM 2.2) Bersoal jawab melalui rangsangan yang diberi
(BM 2.2.6) Menjawab soalan dengan ayat yang mudah dan sesuai

Cadangan aktiviti :
  1. Guru membawa murid ke luar kelas untuk memerhati pelbagai jenis pokok yang terdapat di persekitaran sekolah.
  2. Guru mengenalkan kepada murid bahagian-bahagian yang terdapat pada pokok.
  3. Sesi soaljawab dan sumbangsaran dijalankan dengan bersopan
Tunjang Sains dan Teknologi :
(BM 3.0) Menyiasat Alam Kehidupan
(BM 3.2) Meneroka alam sekitar menggunakan organ deria
(BM 3.2.2) Menggunakan deria berikut dalam penerokaan alam persekitaran secara terbuka
c. penyentuhan
d. hidu
Cadangan aktiviti :
  1. Guru membawa murid ke luar kelas untuk memerhati pelbagai jenis pokok yang terdapat di persekitaran sekolah.
  2. Guru meminta murid merasa sendiri struktur batang pokok dengan menggunakan tangan (sentuhan)
  3. Meminta murid menghidu daun atau ranting pokok yang mempunyai bau
  4. Sesi soaljawab dan sumbangsaran dijalankan dengan bersopan

Foto LINUS 2.0