Ahad, Mei 23, 2010

Sambutan Hari Guru 2010, Peringkat W.P Labuan

Sambutan Hari Guru Peringkat W.P Labuan
Tarikh : 22 Mei 2010
Tempat : Dewan Kolej Matrikulasi, W.P Labuan
Dirasmikan oleh : YB KOL.(K)DATUK HAJI YUSSOF BIN HAJI MAHAL






Sambutan Hari Guru Peringkat SK Lubok Temiang
Tarikh : 25 Mei 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat, SKLT

Khamis, Mei 20, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Program Latihan Guru Prasekolah Swasta

Mesyuarat Penyelarasan Program Latihan 6 Minggu Guru
Prasekolah Swasta dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional(JPNIN)
Tarikh : 19-21 Mei 2010
Tempat : The Plaza Hotel, Kuala Lumpur

Isnin, Mei 17, 2010

Menuai Sayur Hasil Tanaman Murid Prasekolah

Menuai Hasil Tanaman Murid Prasekolah
Tarikh : 17 Mei 2010
Program Bumi Hijau (Alam Semulajadi)
Prasekolah Kelas Budi Fasa II

Sebelum hasil tanaman dituai 14 Mei 2010 (Jumaat)

Ganjaran KPI Guru

GANJARAN KPI GURU

Imbuhan RM900 hingga RM7,500 jika berjaya lonjak prestasi sekolah

KUANTAN: Sempena Hari Guru semalam, kerajaan mengumumkan ganjaran RM900 hingga RM7,500 kepada pengetua, guru besar dan guru sekolah rendah serta menengah yang mencatat prestasi cemerlang mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran, mulai tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata jika kecemerlangan diteruskan dan mereka berjaya mencapai KPI setiap tahun, ganjaran akan diberikan setiap tahun. Beliau berkata, ia selaras konsep mengutamakan pencapaian menerusi satu daripada empat sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta memberi pengiktirafan sewajarnya kepada guru yang memberi sumbangan penting kepada rakyat dan negara.

Katanya, ganjaran akan diberi mulai tahun depan kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah melepasi sasaran 92 peratus Skor Komposit bagi sekolah menengah dan 84 peratus sekolah rendah.

Beliau berkata, Skor Komposit dikira berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan sebuah panel akan menilai pencapaian sekolah untuk mereka yang yang layak diberi ganjaran.

"Pengetua dan guru besar yang mencapai KPI akan menerima ganjaran RM7,500, manakala guru dalam kumpulan lima peratus teratas berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan, menerima RM1,800 dan 95 peratus guru berikutnya menerima RM900. "Ganjaran akan diberi kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan kedudukan sekolah dalam ranking Skor Komposit, iaitu 2,500 tempat bagi sekolah rendah dan 300 tempat bagi sekolah menengah.

"Kita berharap ia dapat menyuntik semangat baru kepada guru untuk lebih gigih bagi meningkatkan prestasi sekolah serta keberhasilan pelajar," katanya ketika melancarkan sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39 yang bertema Guru Pembina Negara Bangsa, di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang dekat sini, semalam.

Hadir sama, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong serta dan Dr Mohd Fuad Zakarshi.

Pada sidang media kemudian, Muhyiddin berkata, walaupun ia membabitkan penambahan perbelanjaan, kerajaan sudah memutuskan memberi ganjaran setiap tahun sehingga masa akan datang.

“Jika sekolah dan pengetua meneruskan usaha serta mencapai kejayaan cemerlang untuk tahun berikutnya, mereka berhak mendapat ganjaran lagi. Kalau meningkat tiap-tiap tahun, pengetua, guru besar dan guru akan dapat ganjaran setiap tahun.

"Apabila panel penilai selesai membuat penilaian termasuk mengambil kira keputusan peperiksaan awam dan keluarkan senarai sekolah yang layak, kita akan bayar seberapa cepat kepada pengetua, guru besar dan guru terbabit," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin mengumumkan empat cadangan Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru yang boleh dilaksanakan segera bagi meringankan beban guru.

Katanya, ia adalah mengurangkan bilangan jawatankuasa peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar menerusi pengecilan jawatankuasa dengan menggabung atau memansuhkan bidang tugas bagi membantu guru menumpu perhatian kepada tugas hakiki, selain memastikan pembahagian tugas diagih secara adil untuk mengelak beban tugas tertumpu kepada guru tertentu.

Beliau berkata, jumlah peperiksaan dalaman perlu dikaji semula, bukan saja untuk meringankan beban guru, malah mengelakkan sistem persekolahan menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan.

"Tugas perkeranian di sekolah akan disusun semula menerusi garis panduan terperinci bagi membezakan tanggungjawab hakiki guru dengan tugas perkeranian, sekali gus melonjak kualiti pengajaran dan pembelajaran guru.

"Kursus penting yang perlu dihadiri guru juga akan diselaraskan di peringkat kementerian supaya tidak wujud pertindihan kursus atau guru sama terpaksa mengikuti pelbagai jenis kursus anjuran kementerian, negeri dan daerah," katanya.



(Berita Harian - 17 Mei 2010)

Jumaat, Mei 14, 2010

Taklimat Program Linus Untuk Guru dan PPM Prasekolah

Taklimat Program Linus Untuk Guru Prasekolah W.P Labuan
Tarikh : 14 Mei 2010
Tempat : Sk Pantai W.P Labuan
Taklimat telah disampaikan oleh Cik. Zaharah BT. Mat Jali (Penolong Pengarah - Unit Bahasa) Jabatan Pelajaran W.P Labuan

Tujuan taklimat :
  1. Pendedahan kepada guru-guru dan PPM tentang Program Linus untuk murid di tahap 1
  2. Sukatan Pelajaran untuk Tahap 1 dan berbezaan di kelas prasekolah
  3. Persoalan yang timbul kesan daripada Program Linus dan KIA2M sebelum ini.




Kad Ucapan Sempena Hari Guru

SELAMAT HARI GURU
TAHUN 2010
murid prasekolah SK Lubok Temiang



(KTI 1.0) Seni Visual
(KT 1.2) Mezahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya
(KT 1.2.7) Menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai aktiviti menggambar








terima kasih cikgu...

Khamis, Mei 13, 2010

Kursus Power Point Untuk Guru-Guru Prasekolah

Kursus Power Point Untuk Guru-Guru Prasekolah Tahun 2010
Tarikh : 12-13 Mei 2010
Tempat : BTPN Bukit Kalam
Anjuran : Sektor ICT Jabatan Pelajaran W.P Labuan


Fasilatator : En. Khaidhir Abdullah


Pn. Hasnah Hj. Japar (Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Prasekolah) menyerahkan cenderamata kepada fasilatator

Ahad, Mei 09, 2010

Bengkel Modul P&P Bahasa Melayu Fasa 2

Bengkel Modul Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu Fasa 2

Tarikh : 07 Mei 2010
Tempat : SK Layangan, W.P Labuan


Fasilatator :
  1. Pn. Midah Yussof
  2. Pn. Patricia Deukin

Pn. Hasnah Hj. Mohd Japar (Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Prasekolah)


Bengkel Memasak Untuk Pembantu Pengurusan Murid (PPM)Kelas Prasekolah

Tarikh : 07 Mei 2010
Tempat : SK Bebuloh, W.P Labuan



Menu : Bubur Mee Laksa

Jumaat, Mei 07, 2010

Kad Sempena Hari Ibu

Kad Ucapan Sempena Hari Ibu
Kelas BUDI


(KTI 1.0) Seni Visual
(KTI 1.2) Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya (ekspresi kreatif)
(KTI 1.2.7) Menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai aktiviti bergambar


SELAMAT HARI IBU 09.05.2010

Foto LINUS 2.0