Jumaat, Julai 30, 2010

Lawatan Pencegahan Pergigian

Lawatan Pencegahan Pergigian
Klinik Pergigian W.P Labuan
Tarikh : 30 Julai 2010


"Adik-adik gosok gigi dengan betul ya!"

Khamis, Julai 29, 2010

Tema Minggu Ke-26 : Haiwan Liar

VIDEO BERTEMA
Minggu Ke-26
Tema : Alam Hidupan
Sub Tema : HAIWAN LIAR

Tarikh : 02-06 Ogos 2010




CADANGAN TUNJANG:

1. TUNJANG KOMUNIKASI (BAHASA MALAYSIA)

(BM 2.0) Kemahiran Bertutur
(BM 2.1) Berinteraksi dengan mesra
(BM 2.1.4) Berinteraksi secara bersopan dan bertatasusila

2. TUNJANG KOMUNIKASI (BAHASA INGGERIS)
(BI 1.0) Listerning and speaking skills
(BI 1.3) Acquire and use simple phrases and statements
(BI 1.3.3) Talk about the natural environment with guidance

3. TUNJANG KEMANUSIAAN
(KM 6.0) Saya dan Alam Sekitar
(KM 6.1) Menghayati keindahaan alam sekitar
(KM 6.1.2) Mengecam bunyi dalam alam sekitar semulajadi seperti bunyi air, angin dan haiwan.

Isnin, Julai 26, 2010

Tema Minggu Ke-25 : Haiwan Peliharaan

VIDEO BERTEMA

Tema Minggu Ke-25

Tema : Alam Hidupan
Sub Tema : Haiwan Peliharaan
Tarikh : 26-29 Julai 2010




SELAMAT MENONTON....

Khamis, Julai 22, 2010

Seminar Antarabangsa Penyelidikan Pendidikan W.P Labuan

Seminar Antarabangsa Penyelidikan Pendidikan Wilayah Persekutuan

Dari 22-24 Julai 2010
Dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
Bertempat : Dewan Utama, UMSKAL
Anjuran : Jabatan Pelajaran W.P Labuan



Menteri Pelajaran sempat berbual sesuatu kepada murid prasekolah tentang penggunaan Komputer IBM

Ruang pameran yang disediakan oleh guru-guru prasekolah W.P Labuan

Pelajar-pelajar sekolah sempat berkunjung ke galeri pameran prasekolah

Sebahagian dari Guru-Guru Prasekolah W.P Labuan


Berita Harian (23/07/2010)

LABUAN: Malaysia perlu bertindak pantas menyuntik pembaharuan dalam sistem pendidikan secara menyeluruh dan bersepadu jika mahu mencapai sasaran menjadi negara maju, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, pembaharuan yang dibawa perlu bersifat bersepadu dengan menilai semula kurikulum, latihan guru dan kaedah mengajar.

"Ringkasnya, kita perlu melakukan inovasi sistem pendidikan dan guru mempunyai fungsi penting menzahirkan inovasi dimaksudkan.
"Guru menentukan sejauh mana ia berkesan dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan keberhasilan murid. Falsafah dan kurikulum pendidikan yang baik tidak bermakna jika gagal diterjemahkan secara berkesan dalam bilik darjah," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Antarabangsa Penyelidikan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan 2010 di Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan(UMS-KAL) di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, negara yang besar pengaruhnya terhadap ekonomi global turut rancak melaksanakan perubahan dalam sistem pendidikan masing-masing.

"Cendekiawan Amerika Syarikat dilaporkan bergelut masalah kemerosotan daya kreativiti rakyatnya dan masalah itu dikaitkan kecenderungan sekolah melaksanakan kurikulum seragam.

“China dan Britain turut merombak kurikulum pendidikan untuk meningkatkan unsur kreativiti dan inovasi dalam proses pembelajaran,” katanya.
"Ini menunjukkan penerapan unsur kreativiti dan inovasi mula menjadi agenda nasional yang dilaksanakan secara bersepadu," katanya.

Muhyiddin turut mengumumkan status Jabatan Pelajaran Labuan yang sebelum ini diturunkan kepada Pejabat Pelajaran dengan jawatan timbalan pengarah, dinaikkan semula tarafnya menjadi jabatan.

Rabu, Julai 21, 2010

Ulang Tahun Pertama Blog Prasekolah Sk Lubok Temiang

ULANG TAHUN PERTAMA
BLOG PRASEKOLAH
SK LUBOK TEMIANG
21 JULAI 2009 - 21 JULAI 2010


ULANG TAHUN PERTAMA
BLOG PRASEKOLAH


"SEMOGA TERUS UNGGUL"

Persiapan Pameran Sempena Lawatan Menteri Pelajaran

Persiapan Pameran Sempena Lawatan Menteri Pelajaran Malaysia
ke W.P Labuan pada 22 Julai 2010

Tarikh : 20 Julai 2010 (Selasa)
Tempat : Sk Pekan 1



Persiapan Pameran Bermula
Tarikh : 21 Julai 2010 (Rabu)
Tempat : Dewan Utama, Universiti Malaysia Sabah
Kampus Labuan


Pengarah Pelajaran W.P Labuan,
En. Mohammad Zaki Mohd Yusof, sempat memberi pandangan
berkenaan persiapan pameran tersebut



APA YANG PENTING??.....KERJASAMA
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU-GURU PRASEKOLAH W.P LABUAN KERANA MEMBERI KOMITMEN YANG CEMERLANG...


Selasa, Julai 20, 2010

Tema Minggu Ke-24 : Serangga

VIDEO BERTEMA

Minggu Ke-24

Tema : Alam Hidupan
Sub Tema : Serangga
Tarikh : 19-23 Julai 2010



Tunjang Sains Dan Teknologi
(ST 3.0) Menyiasat Alam Hidupan
(S.T 3.2) Meneroka alam sekitar menggunakan organ deria
(S.T 3.2.2.2) Menggunakan deria berikut dalam penerokaan alam persekitaran secara terbuka:
a. penglihatan
b. pendengaran



Cadangan aktiviti :
  1. Guru membawa murid ke luar kelas untuk memerhati pelbagai jenis serangga yang terdapat di persekitaran sekolah.
  2. Guru meminta murid meninjau persekitaran sekolah melihat pergerakan serangga (deria mata)
  3. Meminta murid mendengar bunyi serangga yang terdapat dipersekitaran sekolah contoh bunyi cengkerik
  4. Sesi soaljawab dan sumbangsaran dijalankan dengan bersopan




Jumaat, Julai 16, 2010

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Prasekolah Tahun 2010

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Prasekolah W.P Labuan
Tahun 2010
Dari 16-18 Julai 2010
Hotel Ruby Inn, Kota Kinabalu

Majlis penutupan kursus disempurnakan oleh En. Mohammad Zaki Mohd. Yusof
Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran W.P Labuan.


Selasa, Julai 13, 2010

Tema Minggu Ke-23 : Pokok

Minggu : 23
Tema : Alam Hidupan
Sub Tema : P0kok
Kelas : Budi
Tarikh : 12 - 16 Julai 2010

Tunjang Komunikasi :
(BM 2.0) Kemahiran Bertutur
(BM 2.2) Bersoal jawab melalui rangsangan yang diberi
(BM 2.2.6) Menjawab soalan dengan ayat yang mudah dan sesuai

Cadangan aktiviti :
  1. Guru membawa murid ke luar kelas untuk memerhati pelbagai jenis pokok yang terdapat di persekitaran sekolah.
  2. Guru mengenalkan kepada murid bahagian-bahagian yang terdapat pada pokok.
  3. Sesi soaljawab dan sumbangsaran dijalankan dengan bersopan
Tunjang Sains dan Teknologi :
(BM 3.0) Menyiasat Alam Kehidupan
(BM 3.2) Meneroka alam sekitar menggunakan organ deria
(BM 3.2.2) Menggunakan deria berikut dalam penerokaan alam persekitaran secara terbuka
c. penyentuhan
d. hidu
Cadangan aktiviti :
  1. Guru membawa murid ke luar kelas untuk memerhati pelbagai jenis pokok yang terdapat di persekitaran sekolah.
  2. Guru meminta murid merasa sendiri struktur batang pokok dengan menggunakan tangan (sentuhan)
  3. Meminta murid menghidu daun atau ranting pokok yang mempunyai bau
  4. Sesi soaljawab dan sumbangsaran dijalankan dengan bersopan

Rabu, Julai 07, 2010

Perjumpaan Guru Kelas Prasekolah W.P Labuan

Perjumpaan Guru Kelas Prasekolah W.P Labuan
Tarikh : 6 Julai 2010 (Selasa)
Tempat : Kelas Prasekolah SK Bukit Kalam

Agenda :
  1. Perkembangan murid prasekolah dari jan - jun 2010
  2. Kursus ICT untuk guru-guru prasekolah pada 16-18 Jalai 2010 di Kota Kinabalu
  3. Pameran Prasekolah sempena lawatan rasmi Menteri Pelajaran ke W.P Labuan pada 24 Julai 2010
  4. Hal-hal lain

Foto LINUS 2.0