Jumaat, Julai 31, 2009

Sambutan Bulan Kecergasan 2009

Murid Prasekolah SKLT bersama-sama murid yang lain membuat Senamrobik Sempena Sambutan Bulan Kecergasan Tahun 2009

Rabu, Julai 29, 2009

Program Bumi Hijau Prasekolah SKLT

Program ini bertujuan mendidik murid prasekolah untuk mengenali aspek pertanian secara asas dan mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas kepentingan alam sekitar.
Kelas Pra Budi
Kelas Pra setia

TARIKH SEMAIAN PERTAMA 04 OGOS 2009


Perkembangan sehingga 19 Ogos 2009






Perkembangan sehingga 03 September 2009

Jumaat, Julai 24, 2009

Tema : Pakaian Tradisional

Berpakaian Tradisional melambangkan Konsep 1Malaysia.
Kelas Pra Budi
Kelas Pra Setia

Selasa, Julai 21, 2009

Berita Pendidikan

HARI PERTAMA BLOG INI DICIPTA PADA 21 JULAI 2009

(Berita Harian 21 Julai 2009)
Prasekolah jadi sebahagian sistem pendidikan kebangsaan

PUTRAJAYA: Kerajaan berhasrat menjadikan prasekolah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan sebagai satu daripada usaha memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris (BI) di kalangan pelajar dari peringkat awal persekolahan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata melalui usaha itu, guru-guru terlatih dalam Bahasa Inggeris akan dibekalkan ke sekolah-sekolah tersebut bagi meningkatkan pembelajaran bahasa itu. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata usaha itu pada dasarnya telahpun dipersetujui namun belum tahu bila akan dilaksanakan, dan ia juga selaras dengan usaha kerajaan untuk mewajibkan kelulusan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kalau di peringkat pra sekolah kita boleh memasukkan satu tempoh jangka waktu (pembelajaran BI) yang sesuai dengan guru yang terlatih mungkin tidak sampai enam tahun (sekolah rendah), dalam masa dua tiga tahun sahaja sudah pasti boleh kita kuasai. "Kalau tak cukup enam tahun (sekolah rendah) tambah lagi lima tahun (sekolah menengah) sampai ke peringkat SPM takkanlah gagal juga (dalam peperiksaan SPM)?," katanya di majlis perhimpunan bersama warga pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini. Muhyiddin berkata kerajaan sedar terdapat pihak yang bimbang bahawa syarat wajib lulus Bahasa Inggeris akan menyebabkan ramai pelajar terutama pelajar luar bandar kandas dalam peperiksaan SPM.

Beliau berkata keputusan peperiksaan SPM 2008, contohnya, hanya 26.9 peratus calon luar bandar yang lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, bermakna 73.1 peratus pelajar luar bandar akan gagal memperolehi sijil sekiranya syarat itu dilaksana. Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak boleh mengambil pendekatan ''menurunkan untuk melaraskan'' dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan negara, sebaliknya perlu berani untuk mengambil pendekatan ''meningkatkan untuk melaraskan'' iaitu berusaha sedaya upaya meningkatkan keupayaan pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai sesuatu ilmu sehingga mereka boleh menguasai ilmu itu dengan baik.

"Dalam konteks penguasaan Bahasa Inggeris, syarat wajib lulus BI adalah usaha ''meningkatkan untuk melaraskan'' yang akan mengangkat keupayaan pelajar-pelajar kita, terutama pelajar luar bandar untuk menguasai BI dengan lebih baik dan sekali gus membolehkan mereka bersaing dalam dunia yang semakin kompetitif," katanya. Muhyiddin berkata dasar itu mungkin akan dilaksanakan tidak lama lagi, namun usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris terutama di kalangan pelajar luar bandar mesti bermula sekarang. - Bernama

Lawatan Dari Pihak Luar

Ceramah Kelab 3K oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P Labuan
pada 23 Jun 2009 disampaikan oleh En. Asli Midon, Jabatan Bomba dan Penyelamat Layangan

Lawatan Klinik Pergigian Dari Jabatan Kesihatan
W.P Labuan pada 10 April 2009

Ceramah cara memberus gigi dengan betul
disampaikan oleh Cik Leong Hoi Yun


Sambutan Hari Jadi Murid


HAPPY BIRTHDAY
SAMBUTAN MAJLIS HARI JADI PADA 22 MEI 2009
ADIK MD. HANIF BIN MD. JAIS (17.2.2003)
ADIK SYAZWANA BINTI JAAFARUDIN (1.3.2003)
ADIK MOHD IQBAL BIN MOHAMMAD IZZAT IRZAN (6.3.2003)
ADIK AINA IZZ ZAYANI BINTI MOHD NORZALAN (17.3.2003)
NOR KHADIJAH BINTI SAIBIN (17.4.2003)

Mini Sukan Prasekolah 2009

Kontinjen Sk Lubok Temiang Mini Sukan Prasekolah Peringkat W.P Labuan

Johan Acara Lari 50 meter - Adik Adam Sabli
Pemenang Pingat Perak Acara Lari Berganti-ganti

Foto Kelas

SEJARAH BERMULA BLOG INI TERCIPTA PADA 21 JULAI 2009
TAHUN 2010
Kelas Pra Budi Tahun 2010

TAHUN 2009

Kelas Pra Budi Tahun 2009

Kami Warga Kelas Budi gembira selalu



TAHUN 2008



TAHUN 2007

Foto LINUS 2.0