Rabu, Mac 31, 2010

Sambutan Hari Lahir Bulan Mac

SAMBUTAN HARI LAHIR

ADIK MOHAMAD SYAHRUL AIMAN BIN RASHID

TARIKH 25 MAC 2010

## HAPPY BIRTHDAY ##

Jumaat, Mac 26, 2010

Mesyuarat Mini Sukan Prasekolah Bil 1/2010

Mesyuarat Mini Sukan Prasekolah Bil. 1/2010
Tarikh : 25 Mac 2010
Tempat : Sk Sg Bedaun, W.P Labuan


Agenda :

  1. Laporan Mini Sukan 2009
  2. Pembentangan Kertas Kerja Mini Sukan Tahun 2010
  3. Penetapan tarikh, tempat dan pegawai perasmi
  4. Cadangan lantikan Jawatankuasa Tahun 2010
  5. Hal-hal lain
SK Sg Bedaun diberi kepercayaan sebagai Pengelola Mini Sukan Prasekolah bagi Tahun 2010


Selasa, Mac 23, 2010

Taklimat Kaedah P&P Berasaskan Alam Semulajadi

Taklimat Kaedah Pembelajaran Prasekolah
Berasaskan Alam Semulajadi (Nature Kindergarten)
Tarikh : 22 Mac 2010
Tempat : BTPN W.P L

Taklimat di sampaikan oleh En Mohammad Zaki Mohd Yusof (Pengarah Pelajaran W.P Labuan

Sebelum Pelaksanaan Aktiviti :

  1. Guru Prasekolah hendaklah merancang P&P dengan lebih tersusun dan menarik.
  2. Guru perlu menitikberatkan aspek keselamatan semasa aktiviti di luar kelas(kebenaran dari ibu bapa)
  3. Aktiviti yang dirancang perlu menarik dan berkesan dan aspek fizikal dan cuaca persekitaran perlu ditekankan
  4. Pengabungjalinan antara tunjang KSPK hendaklah seiring dalam P&P tersebut

Pelaksanaan:

  1. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada murid
  2. Murid perlu menggunakan pacaindera mereka dalam menjalankan aktiviti alam semulajadi
  3. Keseronokkan murid dalam mengenal alam semulajadi perlu diutamakan (Pergerakan murid hendaklah sentiasa dikawal selia)
  4. Hendaklah dijalankan melibatkan faktor cuaca semasa membawa murid ke luar bilik darjah

Implikasi:

  1. Murid akan merasa seronok dalam menjalankan aktiviti P&P
  2. Penekanan kepada nilai (bersyukur kepada ciptaan Tuhan)
  3. Peranan alam semulajadi dan tanggungjawab sesama manusia dalam mengekalkan alam semulajadi supaya ianya terus dinikmati oleh semua manusia
  4. Nilai dan tingkahlaku murid (rekod perkembangan murid - pemerhatian secara berterusan)
  5. Refleksi guru dalam keberkesanan P&P tersebut

Isnin, Mac 08, 2010

Pelancaran Kaedah P&P Prasekolah Berasaskan Alam Semulajadi

Pelancaran Kaedah Pembelajaran Prasekolah Beraskan Alam Semulajadi
(Nature Learning Preschool)
Tarikh : 8 Mac 2010
Tempat : Taman Pertanian Kilan, W.P Labuan



Alam Semulajadi untuk Prasekolah?

Pendidkikan Awal Kanak-Kanak merupakan fasa terpenting dalam perjalanan seorang insan dalam kehidupannya.Pengalaman pembelajaran dan perhubungan dengan kanak-kanak dan mutrisi yang sihat memberi impak kepada perkembangan mental kanak-kanak tersebut.
Sifat menghargai Alam Semlajadi harus ditanam sejak di peringkat prasekolah demi mengekalkan alam semulajadi yang masih wujud di abad ke 21 ini untuk kesejahteraan dunia masa depan.
Kaedah P&P berasaskan Alam Semulajadi ini adalah relevan dan harus dilaksanakan secara beterusan agar perkembangan kognitif dan psikomotor murid prasekolah dapat diaktifkan sepenuhnya.

Dirasmikan oleh En Mohammad Zaki Mohd. Yusof (Pengarah Pelajaran W.P Labuan)

P&P dikelolakan oleh Pn. Zubaidah Yusof dan Pn. Norhazrinah Latif dari Sk Bukit Kalam.

Jumaat, Mac 05, 2010

Pemenang Pertandingan Mewarna

Pemenang Pertandingan Mewarna
(Kategori Kelas Prasekolah)
Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW
Peringkat SK Lubok Temiang
1413 Hijrah
Tarikh : 05 Mac 2010
"Memantapkan Ukhwah Memperkasakan Umah"
Pemenang Prasekolah Kelas Budi :
  1. Adik Siti Nurafiqah Binti Zamri - (Johan)
  2. Adik Muhammad Zulfizan Bin Zulkifly - (Ke-2)
  3. Adik Norshahizah Bin Sari - (Ke-3)

Rabu, Mac 03, 2010

Menuai Tanaman Murid Prasekolah

Menuai Hasil Tanaman Sayur
Murid Prasekolah Kelas Budi Sk Lubok Temiang
Program Bumi Hijau


Tarikh 03 Mac 2010

Jenis sayur berdaun

Foto LINUS 2.0