Selasa, Oktober 27, 2009

Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2009

Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2009
Tarikh : 26 - 29 Oktober 2009
Tempat : Hotel Beverly, Kota Kinabalu

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam 6 Tunjang :
1. Tunjang Komunikasi
2. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Tunjang Kemanusian
4. Tunjang Sains dan Teknologi
5. Tunjang Ketrampilan Diri
6. Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika



Pn. Rohani Abdul (Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia)

Jumaat, Oktober 23, 2009

Bengkel Alat Bantu Mengajar

Bengkel Alat Bantu Mengajar
Tarikh : 21 Oktober 2009
Tempat : SK Kerupang

Isnin, Oktober 19, 2009

Uji Rintis Buku Panduan Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah YADIM

UJI RINTIS BUKU PANDUAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
PRASEKOLAH YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)

Tarikh : 19 Oktober 2009
Tempat : Kelas Prasekolah SK Lubok Temiang
Kelas : Budi dan Setia
Masa : 9.00pagi-11.00pagi
Panel Penasihat Buku Panduan:
1. Hjh. Naimah Abdullah
2. Pn Mariyati Ayob
3. Pn Nor Aziah Mohamad


Urusetia YADIM
1. Cik Anna Adnan
2. Noorzihan Mohammad Yin

Ustazah Kelas Budi : Cik Salmah Sinring

Ustazah Kelas Setia : Pn. Hamidah Ali

SK Lubok Temiang mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudiaan pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kerana memilih sekolah ini, sebagai perintis menggunakan Buku Panduan Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah. Sk Lubok Temiang merupakan satu-satunya sekolah yang terpilih di W.P Labuan untuk uji rintis ini.
Sesungguhnya banyak idea dan pandangan penambahbaikan berjaya kami perolehi hasil perbincangan dengan panel penasihat dalam uji rintis ini. Ianya akan memberi kesan yang positif kepada bentuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih menarik dan berkesan untuk murid prasekolah dalam mendalami ilmu kurikulum Pendidikan Islam. Semoga kerjasama dan sumbangan ikhlas ini sentiasa diberkati oleh Allah SWT.


Ustazah Kelas Budi : Cik Salmah Sinring

Ustazah Kelas Setia : Pn. Hamidah Ali


Aktiviti Murid

Program Bumi Hijau Fasa Ke-2

Program Bumi Hijau Fasa Ke-2

Kelas Pra Budi

Tarikh Semaian 07.10.2009

Pembersihan batas tanaman sayuran (16.10.2009)

Rabu, Oktober 14, 2009

Kursus ICT Untuk Guru Prasekolah Dan PPM

Kursus ICT Untuk Guru Prasekolah Dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) - MS Excel
Tarikh Kursus : 13 - 15 Oktober 2009
Tempat : SK Pekan 1, W.P Labuan

Anjuran : Unit Prasekolah dengan kerjasama Unit Latihan Dan Perkhidmatan dan Sektor Pengurusan Maklumat, Jabatan Pelajaran W.P Labuan

Fasilatator : En. Mohd Aminuddin Abd Malek

Saranan ringkas oleh : En. Mohammad Zaki Mohd Yusof, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran W.P Labuan

Khamis, Oktober 08, 2009

Taklimat Uji Rintis Buku Panduan Guru Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah

Taklimat Uji Rintis Buku Panduan Guru Pendidikan Islam Prasekolah
Tarikh : 07 Oktober 2009

Tempat : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

Pengenalan:

Pembabitan serta usaha Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam menghasilkan buku panduan yang bermutu untuk Pendidikan Islam Prasekolah adalah atas kesedaran tentang perlu dan pentingnya pendidikan Islam dalam pembangunan modal insan di peringkat awal kanak-kanak.

Buku Panduan Kurikulum Pendidikan Islam YADIM adalah berlandaskan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Objektif :
1. melihat keberkesanan buku panduan ini sebagai panduan kepada pelaksanaan Pendidikan Islam di tadika-tadika anjuran kerajaan dan bukan kerajaan.
2. melihat kebolehan guru agama dalam melaksanakan kurikulun Pendidikan Islam di peringkat Prasekolah.
3. melihat keberkesanan pendekatan dan contoh-contoh aktiviti yang disediakan dalam P&P
SK Lubok Temiang adalah satu- satunya sekolah di W.P Labuan sebagai sekolah rintis dalam pelaksanaan keberkesanan kurikulum tersebut.

Datuk Hj. Mohd Nakhaie Hj. Ahmad Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Pn. Maznah Harith selaku Ketua Panel Pengubal Buku Panduan Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah YADIM

Barisan Panel Pengubal Buku Panduan Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah


Peserta terdiri dari guru-guru Kemas, Jabatan Perpaduan dan tadika swasta
wakil W.P Labuan, Pn. Hasnah Hj Japar (Ketua Unit Prasekolah JPWPL), Ustazah Salmah Sinring dan En. Saliman Durasit

Isnin, Oktober 05, 2009

Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri

Majlis Sambutan Hari Raya Kelas Budi Tahun 2009
02 Oktober 2009


Foto LINUS 2.0