Khamis, Oktober 08, 2009

Taklimat Uji Rintis Buku Panduan Guru Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah

Taklimat Uji Rintis Buku Panduan Guru Pendidikan Islam Prasekolah
Tarikh : 07 Oktober 2009

Tempat : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

Pengenalan:

Pembabitan serta usaha Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam menghasilkan buku panduan yang bermutu untuk Pendidikan Islam Prasekolah adalah atas kesedaran tentang perlu dan pentingnya pendidikan Islam dalam pembangunan modal insan di peringkat awal kanak-kanak.

Buku Panduan Kurikulum Pendidikan Islam YADIM adalah berlandaskan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Objektif :
1. melihat keberkesanan buku panduan ini sebagai panduan kepada pelaksanaan Pendidikan Islam di tadika-tadika anjuran kerajaan dan bukan kerajaan.
2. melihat kebolehan guru agama dalam melaksanakan kurikulun Pendidikan Islam di peringkat Prasekolah.
3. melihat keberkesanan pendekatan dan contoh-contoh aktiviti yang disediakan dalam P&P
SK Lubok Temiang adalah satu- satunya sekolah di W.P Labuan sebagai sekolah rintis dalam pelaksanaan keberkesanan kurikulum tersebut.

Datuk Hj. Mohd Nakhaie Hj. Ahmad Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Pn. Maznah Harith selaku Ketua Panel Pengubal Buku Panduan Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah YADIM

Barisan Panel Pengubal Buku Panduan Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah


Peserta terdiri dari guru-guru Kemas, Jabatan Perpaduan dan tadika swasta
wakil W.P Labuan, Pn. Hasnah Hj Japar (Ketua Unit Prasekolah JPWPL), Ustazah Salmah Sinring dan En. Saliman Durasit

Foto LINUS 2.0