Khamis, April 08, 2010

P&P Minggu ke-12 (Makanan dan Minuman)

Kelas : Budi
Tarikh : 08 April 2010
Tema : Alam Bahan
Sub Tema : Makanan & Minuman


Tunjang Kurikulum : Sains Dan Teknologi
(ST 2.0) Kemahiran saintifik
(ST 2.1) Membuat pemerhatian ke atas objek dan fenomena alam di persekitaran
(ST 2.3.2) Membanding dan mengasingkan makanan mengikut rasa (manis, masam, masin dan pahit)



Aktiviti :
  1. Guru akan memilih beberapa orang murid menutup mata mereka menggunakan kain hitam.
  2. Guru meminta murid menggunakan deria rasa mereka untuk merasa beberapa jenis bahan makanan yang berlainan rasa
  3. Murid akan menyebut rasa tersebut tanpa melihat makanan tersebut
  4. Murid tersebut akan membandingkan rasa makanan mengikut daya ingatan mereka dan menceritakan rasa dengan sasama rakan mereka apa yang mereka rasa.
  5. Guru akan menyebut beberapa jenis makanan yang tidak terdapat di atas meja dan meminta murid menyebut rasa makanan-makanan tersebut
Objektif pengajaran :
Murid dapat mengasingkan makanan mengikut deria rasa mereka

Bahan:
  1. manisan
  2. garam
  3. jeruk buah-buahan kering
  4. serbuk kopi putih

Foto LINUS 2.0