Selasa, Mac 23, 2010

Taklimat Kaedah P&P Berasaskan Alam Semulajadi

Taklimat Kaedah Pembelajaran Prasekolah
Berasaskan Alam Semulajadi (Nature Kindergarten)
Tarikh : 22 Mac 2010
Tempat : BTPN W.P L

Taklimat di sampaikan oleh En Mohammad Zaki Mohd Yusof (Pengarah Pelajaran W.P Labuan

Sebelum Pelaksanaan Aktiviti :

  1. Guru Prasekolah hendaklah merancang P&P dengan lebih tersusun dan menarik.
  2. Guru perlu menitikberatkan aspek keselamatan semasa aktiviti di luar kelas(kebenaran dari ibu bapa)
  3. Aktiviti yang dirancang perlu menarik dan berkesan dan aspek fizikal dan cuaca persekitaran perlu ditekankan
  4. Pengabungjalinan antara tunjang KSPK hendaklah seiring dalam P&P tersebut

Pelaksanaan:

  1. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada murid
  2. Murid perlu menggunakan pacaindera mereka dalam menjalankan aktiviti alam semulajadi
  3. Keseronokkan murid dalam mengenal alam semulajadi perlu diutamakan (Pergerakan murid hendaklah sentiasa dikawal selia)
  4. Hendaklah dijalankan melibatkan faktor cuaca semasa membawa murid ke luar bilik darjah

Implikasi:

  1. Murid akan merasa seronok dalam menjalankan aktiviti P&P
  2. Penekanan kepada nilai (bersyukur kepada ciptaan Tuhan)
  3. Peranan alam semulajadi dan tanggungjawab sesama manusia dalam mengekalkan alam semulajadi supaya ianya terus dinikmati oleh semua manusia
  4. Nilai dan tingkahlaku murid (rekod perkembangan murid - pemerhatian secara berterusan)
  5. Refleksi guru dalam keberkesanan P&P tersebut

Foto LINUS 2.0