Taklimat Kaedah Pembelajaran Prasekolah
Berasaskan Alam Semulajadi (Nature Kindergarten)
Tarikh : 22 Mac 2010
Tempat : BTPN W.P L
Taklimat di sampaikan oleh En Mohammad Zaki Mohd Yusof (Pengarah Pelajaran W.P Labuan
Sebelum Pelaksanaan Aktiviti :
- Guru Prasekolah hendaklah merancang P&P dengan lebih tersusun dan menarik.
- Guru perlu menitikberatkan aspek keselamatan semasa aktiviti di luar kelas(kebenaran dari ibu bapa)
- Aktiviti yang dirancang perlu menarik dan berkesan dan aspek fizikal dan cuaca persekitaran perlu ditekankan
- Pengabungjalinan antara tunjang KSPK hendaklah seiring dalam P&P tersebut
Pelaksanaan:
- Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada murid
- Murid perlu menggunakan pacaindera mereka dalam menjalankan aktiviti alam semulajadi
- Keseronokkan murid dalam mengenal alam semulajadi perlu diutamakan (Pergerakan murid hendaklah sentiasa dikawal selia)
- Hendaklah dijalankan melibatkan faktor cuaca semasa membawa murid ke luar bilik darjah
Implikasi:
- Murid akan merasa seronok dalam menjalankan aktiviti P&P
- Penekanan kepada nilai (bersyukur kepada ciptaan Tuhan)
- Peranan alam semulajadi dan tanggungjawab sesama manusia dalam mengekalkan alam semulajadi supaya ianya terus dinikmati oleh semua manusia
- Nilai dan tingkahlaku murid (rekod perkembangan murid - pemerhatian secara berterusan)
- Refleksi guru dalam keberkesanan P&P tersebut