Seminar Antarabangsa Penyelidikan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Dari 22-24 Julai 2010
Dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
Bertempat : Dewan Utama, UMSKAL
Anjuran : Jabatan Pelajaran W.P Labuan

 Menteri Pelajaran sempat berbual se
Menteri Pelajaran sempat berbual sesuatu kepada murid prasekolah tentang penggunaan Komputer IBM


Ruang pameran yang disediakan oleh guru-guru prasekolah W.P Labuan


Pelajar-pelajar sekolah sempat berkunjung ke galeri pameran prasekolah
Berita Harian (23/07/2010)LABUAN: Malaysia perlu bertindak pantas menyuntik pembaharuan dalam  sistem pendidikan secara menyeluruh dan bersepadu jika mahu mencapai  sasaran menjadi negara maju, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata,  pembaharuan yang dibawa perlu bersifat bersepadu dengan menilai semula  kurikulum, latihan guru dan kaedah mengajar.
"Ringkasnya, kita perlu melakukan inovasi   sistem pendidikan dan guru  mempunyai fungsi penting   menzahirkan inovasi dimaksudkan.    
     
      "Guru menentukan sejauh mana ia berkesan dalam bilik darjah dan  seterusnya meningkatkan keberhasilan murid. Falsafah dan kurikulum  pendidikan yang baik tidak bermakna jika gagal diterjemahkan secara  berkesan dalam bilik darjah," katanya  ketika berucap merasmikan Seminar  Antarabangsa Penyelidikan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan 2010    di Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan(UMS-KAL) di  sini, semalam.
Muhyiddin berkata, negara yang besar pengaruhnya terhadap ekonomi  global turut rancak melaksanakan perubahan dalam sistem pendidikan  masing-masing.
"Cendekiawan Amerika Syarikat dilaporkan bergelut   masalah  kemerosotan daya kreativiti rakyatnya dan masalah itu dikaitkan    kecenderungan sekolah melaksanakan kurikulum seragam.
“China dan Britain turut merombak kurikulum pendidikan untuk   meningkatkan unsur kreativiti dan inovasi dalam proses pembelajaran,”  katanya.
"Ini menunjukkan penerapan unsur kreativiti dan inovasi mula  menjadi agenda  nasional yang dilaksanakan secara bersepadu," katanya.
Muhyiddin turut mengumumkan status Jabatan Pelajaran Labuan yang  sebelum ini diturunkan kepada Pejabat Pelajaran dengan jawatan timbalan  pengarah, dinaikkan semula tarafnya menjadi jabatan.